Aku Ialah Ayah dan Ibuku
Secara jelas, ibubapa memainkan peranan penting dalam pembinaan dalaman dan luaran bagi anak-anak mereka. Buruk baik anak-anak mereka sangat besar dipengaruhi oleh hasil tarbiyah ibubapa mereka ketika mereka dalam kandungan lagi. Tidak keterlaluan juga, ia juga dipengaruhi sejak permulaan mencari jodoh. Ini selari dengan apa yang telah sedia ketahui dalam sebuah hadis masyhur:
“Setiap anak-anak yang lahir adalah dalam keadaan fitrah, ibubapa merekalah yang menjadikan mereka kristian, yahudi, dan majusi…”
Oleh itu, hasil pentarbiyahan yang baik akan menghasilkan benih-benih yang baik dan insyaallah akan bersambung-sambung dari generasi ke generasi. Sudah tentu perkara ini bukan sesuatu yang boleh di pandang mudah, kerana asas kepada masyarakat ialah dari unit-unit keluarga. Oleh itu, saya rasakan buku ini wajar dimiliki oleh setiap individu tidak kira yang masih bujang mahupun sudah berumah tangga. Tidak adillah kita hanya membaca buku tentang cara untuk untuk memilih pasangan ataupun persiapan-persiapan ketika hendak berkahwin sahaja, tetapi mengabaikan ilmu dalam mendidik dan mentarbiyah anak dengan betul. Adalah sesuatu yang amat bagus untuk mendalami kedua-dua perkara ini kerana mencari jodoh-perkahwinan-anak-dakwah adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan…

Tajuk buku: Cinta di Rumah Hasan Al-Banna
Oleh: Mohammad Lili Nur Aulia
Harga: RM13
Bil. m/s: 75
~Teringat pepatah melayu: “Bapa borek anak rintik.”


