Allah Itu Wujud


Sedang membelek-belek komputer, saya terjumpa artikel yang dapat memberi manfaat bersama. Moga memberi manfaat….
Pelanggan itu berfikir sejenak, tetapi tidak mahu merespons kerana tidak ingin mewujudkan sebarang pertengkaran. Tukang gunting itu pun selesai kerjanya dan pelanggan itu meninggalkan kedai gunting itu. Hanya beberapa ketika pelanggan itu meninggalkan kedai itu, dia terlihat seorang lelaki di kaki lima dengan rambut panjang, kusut masai dan misai yang panjang tidak kemas. Lelaki itu kelihatan kotor dan tidak terurus.
Pelanggan itu berlari-lari mendapatkan tukang gunting tadi seraya berkata, Kamu tahu tak? Tukang Gunting tidak wujud! Bagaimana kamu boleh berkata sedemikian? Tanya Tukang Gunting dengan nada terkejut. Saya di sini, dan saya seorang Tukang Gunting dan baru sahaja menggunting kamu. Tidak! Pelanggan itu mendakwa. Tukang Gunting tidak wujud sebab jika dia wujud, mesti tiada orang berambut panjang, kotor, misai tidak dicukur dan tidak terurus seperti lelaki di luar itu.
Ah, tetapi tukang gunting sebenarnya wujud! Itu lah yang berlaku apabila tidak datang kepada saya…
Tepat sekali! Pelanggan itu membenarkan. Begitu lah, Allah sebenarnya wujud! Apa yang berlaku adalah kerana manusia tidak ‘kembali’ kepada-Nya dan tidak berharap meminta pertolongan kepada-Nya. Sebab itu lah terdapat banyak kesusahan dan penderitaan di dunia ini…




Aslkm, memang manusia meudah melupai Penciptannya. Kita perlulah kembali kpdNya
Seperti yang ana janjikan haritu ini link dia http:.//www.sbox.ws/ Moga ada manfaatnya bersama.
Terlupa nak tambah, memang tiada pop up ads seperti yang ana ckap hari itu yang cbox guna dan tiada limit per hari. Basic version sama jer dengan premium cuma dia ada links ber 4. Salam Alaik. Midterm sudah hampir