nuhzul.com

Satu Permulaan Kepada Suatu Perubahan

Doktor, Pendakwah, Penghancur Ummah??

doctor
“Assalamualaikum…”
“Wa’alaikum”, jawab doktor pendek.
Kelihatan doktor tersebut sedang sibuk menulis sesuatu diatas kertas sambil sekali-sekala melihat ke arah komputer di atas meja.
“Apa masalah?”. Tanya doktor tersebut tanpa memandang pesakit tersebut. Doktor tersebut masih sibuk membelek-belek kertas yang bertimbu diatas mejanya.
“Saya sakit perut. Tak tahulah apa yang saya makan malam semalam. Pagi tadi, apabila saya saya bangun, tiba-tiba sahaja perut ni meragam. Pagi ni sahaja dah 3 4 kali saya masuk tandas.” Ujar pesakit tersebut.
Suasana bilik tersebut sunyi seketika. Doktor tersebut masih menulis sesuatu diatas kertas.
“Hurm….Saya rasa awak ni demam la.”Ujar doktor tersebut.
Pesakit tersebut kebingungan.
“Nanti saya kasi ubat demam dan ubat tahan sakit. Jangan risau, saya kasi MC sekali”. Kata doktor tersebut sambil menulis senarai ubat diatas sehelai kertas kosong.
Pesakit keluar dari bilik tersebut kebingungan.

Lazimnya, kesilapan dalam mendiagnosis sesuatu perkara, adalah suatu yang tidak dapat dielakkan. Namun yang dikesalkan, sesuatu yang tidak sepatutnya silap, ia menjadi silap. Jika kesilapan sekecil itupun tidak dapat dielakkan, bayangkan apabila mengdiagnosis suatu perkara yang lebih rumit dan susah.

Pengalaman aku di Kelantan(Maaf ye orang Kelantan) sendiri banyak mengajar perkara sebegini.

Retak tulang belakang yang disangka trauma.

Koyak legamen lutut yang disangka patah kaki.

Semua ini merupakan kesalahan yang berlaku jika setiap perkara diambil lewa oleh doktor. Lebih teruk, jika perkara sebenar tidak diketahui lebih awal, ia akan membawa kepada cacat seumur hidup.

Malah, keluarga aku sendiri sukar bertemukan doktor yang benar-benar sesuai ketika pindah ketempat baru.
Susah hendak berjumpa dengan doktor yang memberi layanan yang baik pada setiap pesakit.
Payah mahu berjumpa dengan doktor yang berdedikasi dalam kerjanya.

Oleh itu, mari kita cermin diri kita sebagai pendakwah. Sejauh mana kita melayan mad’u kita dengan betul. Sejauh mana kita mengikuti perkembangan anak usrah kita. Kadangkala, kita tidak terlepas dari kesalahan dalam meng’diagnosis’ masalah mad’u kita. Namun perlu sedar bahawa kita ada Allah bersama kita dalam kerja-kerja ini.
Amat malang, jika anda menjadi seperti doktor-doktor tersebut kerana dengan kesilapan kecil, anda akan menyesal seumur hidup.
Amat malang juga, pesakit(mad’u) pula yang kena bersabar dengan karenah doktor(dai’e).

Wallahua’alam…

~Setakat ni x jumpa lagi doktor kat UIA yang mesra rakyat. Hanya nurse sahaja yang ada jiwa keibuan walaupun ramai kawan aku yang bengang dengan nurse UIA.
~Teringat peristiwa ketika retak kaki. Sedap-sedap je doktor tu pusing kaki aku macam hanya terseliuh biasa sahaja. Mungkin dia doktor baru lepas graduate kot.(dah la doktor perempuan…)
~time buka simen lagi best. Belum sempat masuk bilik lagi, doktor cakap, “Dah la tu…x perlu nak berlakon lagi”. Lor…time pasang simen hari tu, cakap kalau nak buka simen, kene jumpa doktor dulu…jangan sekali2 guna kaki yg bersimen tu

Leave a Response