nuhzul.com

Satu Permulaan Kepada Suatu Perubahan

Ikhlas

“……setiap kata-kata, amalan dan jihad saudara muslim demi Allah, untuk mencari keredhaanNya dan ganjaran baik darinya, tanpa memandang kepada sebarang imbuhan, kemegahan, gelaran terkemuka atau tidak…Justeru seorang muslim itu memahami makna yang sering dilaungkan: “Allah adalah matlamat kita dan Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian”

ikhlas

Petanda Ikhlas

1. Takutkan kemasyhuran, terbitnya sum’ah dari diri, terutamanya pabila seseorang memiliki bakat serta kebolehan. Dia amat maklum bahawa sebesar manapun usahanya andai bercampur harapan meraih penghargaan manusia maka nilainya kecil di sisi Allah. Umpama kalam Ibn Mas’ud “…biarlah kamu dikenali penghuni langit, tetapi tidak dikenali oleh penghuni bumi..”

Al Hassan berkata: “Pada suatu hari Ibn Mas’ud keluar dari rumahnya lalu ia diikuti oleh beberapa orang manusia. Ia berpaling kepada mereka lantas berkata: “Kenapa kamu semua mengikuti aku? Demi Tuhan, sekiranya kamu mengetahui apa yang berlaku disebalik pintu rumahku yang berkunci, nescaya tiada seorang pun yang akan mengikuti aku”

Bukanlah difahami bahawa ini adalah seruan beruzlah atau bersembunyi. Namun, ia adalah mujahadah para pendakwah melakukan pemulihan. Kemasyhuran tidaklah tercela. Namun, seandainya ianya diburu dengan susah payah, maka ia bakal mendatangkan fitnah bagi yang lemah imannya.

2. Orang yang ikhlas sentiasa mendakwa dirinya cuai disisi Alah, dan lalai melaksanakan tanggungjawabnya. Hatinya tidak terpedaya dengan kehebatan amalannya sendiri. Bahkan ia sentiasa bimbang dosanya tidak terampuni.

3. Amalan yang dilakukan secara senyap lebih disukai. Ia sangat ingin menjadi tunjang bagi sepohon pokok ketika berada di dalam jemaah. Sekalipun tunjang itulah teras bagi tegak dan dan hidupnya pokok tersebut, namun ia terhunjam di dalam perut bumi yang tidak dapat dilihat oleh manusia.

Mereka adalah golongan yang mewarisi peribadi para sahabat. Namun, amalan mereka adalah rahsia di antara mereka dan Tuhannya.

Ia sangat ingin menjadi tunjang bagi sepohon pokok ketika berada di dalam jemaah. Sekalipun tunjang itulah teras bagi tegak dan hidupnya pokok tersebut, namun ia terhunjam di dalam perut bumi yang tidak dapat dilihat oleh manusia.

..mereka meleburkan masa dan harta mereka di jalan ini. Saudara dapat menyaksikan sendiri mata yang layu kerana berjaga malam, muka yang pucat kerana berjihad, tubuh yang kurus kerana keletihan melaksanakan tugas. Mereka menanggung segala beban ini lantaran keimanan mereka yang kuat dan akidah yang padu…

4.Disisinya sama sahaja antara tugas pemimpin dan tugas pengikut, selagimana keduanya berkhidmat dalam dakwah. Hatinya tidak dibelenggu oleh rasa ingin menonjol, cinta untuk memimpin dan ingin segera berada di puncak kekuasaan. Ia sangat bimbang berlakunya kecuaian dalam melaksanakan tanggungjawabya. Namun, pabila ia memikulnya, ia akan memikulnya dengan memohon pertolongan daripada Allah dalam melaksanakan hakNya. Khalid al Walid yang begitu hebat dan tidak pernah kalah dalam pertempuran, tetap redha hatinya pabila dipecat oleh Umar. Malah beliau bertugas di bawah Abu Ubadah tanpa merasa gelisah dan tidak sedikitpun mengkritik.

“beroleh keuntunganlah bagi seorang hamba yang memegang tali pemacu kuda di jalan Allah dalam keadaan rambutnya yang kusut masai dan kakinya dipenuhi debu. Sekiranya ia seorang pegawai maka ia menjalankan tugasnya sebagai seorang pegawai, dan jika ia berada di barisan belakang maka ia bertugas di barisan belakang”

5. Khalid al Walid yang begitu hebat dan tidak pernah kalah dalam pertempuran, tetap redha hatinya pabila dipecat oleh Umar. Malah beliau bertugas di bawah Abu Ubadah tanpa merasa gelisah dan tidak sedikitpun mengkritik.

Janganlah kamu menghiraukan redha manusia sedang Allah memurkainya. Manusia sangat berbeza kecenderungan dan minatnya. Maka, usaha mendapatkan redha manusia adalah suatu impian yang tidak mungkin menjadi kenyatan dan tuntutan yang tidak mungkin dapat ditunaikan.

Kemungkinan cinta, benci, kemarahan dan redanya hanya kerana Allah. Mereka bukan golongan yang mengambil kesempatan, yang munafiq serta dicela oleh Allah.

6. perjalanan yang jauh, lambat memperoleh hasil, merasa penat berhadapan dengan manusia yang mempunnyai pelbagai karenah, tidak menyebabkan seorang pendakwah merasa penat, malas bertangguh dan ketinggalan. Beliau bekerja bukan sekadar memburu kejayaan, namun juga untuk mendapatkan keredaan Allah mengatasi segalanya.

7. Gembira dengan kemunculan orang yang serba lengkap, yang tampil di dalam saf menjulang panji-panji Islam. Beliau memberi kesempatan kepada setiap orang berbakat mengambilalih tempatnya tanpa menyempit peluangnya atau marah kepadanya. Bahkan orang yang ikhlas, pabila melihat orang yang lebih baik darinya memikul beban tugas, akan menyerahkan kepadanya dengan reda dan penuh ketaatan. Bahkan gembira untuk berundur setapak ke belakang.

******************************************

1. itulah teras bagi tegak dan dan hidupnya pokok tersebut, namun ia terhunjam di dalam perut bumi yang tidak dapat dilihat oleh manusia.

Mereka adalah golongan yang mewarisi peribadi para sahabat. Namun, amalan mereka adalah rahsia di antara mereka dan Tuhannya.Ia sangat ingin menjadi tunjang bagi sepohon pokok ketika berada di dalam jemaah. Sekalipun tunjang itulah teras bagi tegak dan hidupnya pokok tersebut, namun ia terhunjam di dalam perut bumi yang tidak dapat dilihat oleh manusia.

..mereka meleburkan masa dan harta mereka di jalan ini. Saudara dapat menyaksikan sendiri mata yang layu kerana berjaga malam, muka yang pucat kerana berjihad, tubuh yang kurus kerana keletihan melaksanakan tugas. Mereka menanggung segala beban ini lantaran keimanan mereka yang kuat dan akidah yang padu…

2.Disisinya sama sahaja antara tugas pemimpin dan tugas pengikut, selagimana keduanya berkhidmat dalam dakwah. Hatinya tidak dibelenggu oleh rasa ingin menonjol, cinta untuk memimpin dan ingin segera berada di puncak kekuasaan. Ia sangat bimbang berlakunya kecuaian dalam melaksanakan tanggungjawabya. Namun, pabila ia memikulnya, ia akan memikulnya dengan memohon pertolongan daripada Allah dalam melaksanakan hakNya. Khalid al Walid yang begitu hebat dan tidak pernah kalah dalam pertempuran, tetap redha hatinya pabila dipecat oleh Umar. Malah beliau bertugas di bawah Abu Ubadah tanpa merasa gelisah dan tidak sedikitpun mengkritik.

“beroleh keuntunganlah bagi seorang hamba yang memegang tali pemacu kuda di jalan Allah dalam keadaan rambutnya yang kusut masai dan kakinya dipenuhi debu. Sekiranya ia seorang pegawai maka ia menjalankan tugasnya sebagai seorang pegawai, dan jika ia berada di barisan belakang maka ia bertugas di barisan belakang”

3. Khalid al Walid yang begitu hebat dan tidak pernah kalah dalam pertempuran, tetap redha hatinya pabila dipecat oleh Umar. Malah beliau bertugas di bawah Abu Ubadah tanpa merasa gelisah dan tidak sedikitpun mengkritik.

Janganlah kamu menghiraukan redha manusia sedang Allah memurkainya. Manusia sangat berbeza kecenderungan dan minatnya. Maka, usaha mendapatkan redha manusia adalah suatu impian yang tidak mungkin menjadi kenyatan dan tuntutan yang tidak mungkin dapat ditunaikan.

Kemungkinan cinta, benci, kemarahan dan redanya hanya kerana Allah. Mereka bukan golongan yang mengambil kesempatan, yang munafiq serta dicela oleh Allah.

4. perjalanan yang jauh, lambat memperoleh hasil, merasa penat berhadapan dengan manusia yang mempunnyai pelbagai karenah, tidak menyebabkan seorang pendakwah merasa penat, malas bertangguh dan ketinggalan. Beliau bekerja bukan sekadar memburu kejayaan, namun juga untuk mendapatkan keredaan Allah mengatasi segalanya.

5. Gembira dengan kemunculan orang yang serba lengkap, yang tampil di dalam saf menjulang panji-panji Islam. Beliau memberi kesempatan kepada setiap orang berbakat mengambilalih tempatnya tanpa menyempit peluangnya atau marah kepadanya. Bahkan orang yang ikhlas, pabila melihat orang yang lebih baik darinya memikul beban tugas, akan menyerahkan kepadanya dengan reda dan penuh ketaatan. Bahkan gembira untuk berundur setapak ke belakang.

Bagi sesetengah petugas di jalan dakwah, apabila ditegur oleh sahabatnya dengan perkataan yang menyakitinya atau teman rapatnya ia segera melenting dan marah. Lalu meninggalkan tugas dan mengasingkan diri dari medan jihad.

Saudara muslim, sekiranya ada lorong keduniaan atau syaitan maka cubalah untuk menahan hati daripada dimasukinya dan cuba mengikhlaskan niat kerana Allah. Sesungguhnya kehidupan ini tidak akan dipimpin oleh kebenaran, tidak akan terjulang kalimah Tuhan yang Maha Tinggi dari mereka yang bekerja kerana inginkan habuan dunia. Tidak juga dengan orang-orang yang riya’ bekerja mengharapkan orang melihat kepadanya, mendengar dan membicarakan tentang dirinya atau mengarah kepada mereka dengan menuding jari.

Sesungguhnya panji-panji kebenaran akan dikibarkan oleh tangan-tangan mereka yang benar-benar ikhlas, yang akur kepada prinsip, dan tidak terpengaruh dengan insan lain. Dia sentiasa berkorban bukannya mengambil kesempatan. Sentiasa juga menyumbang bukannya disumbang.

Setiap daie di jalan Allah wajib baginya membuat post-motem, memperbaiki setiap langkahnya, mengembalikan niat di pertengahan jalan agar tidak diterima di penghujung jalan. Hakikatnya menitip ikhlas disepanjang jalan dakwah tidak semudah dibicarakan. Riya’ memang wujud di dalam diri. Cuma kita perlu menumpaskannya dengan keimanan dan taqwa.

~siri copy-paste dari sumber yang tidak dikenali…moga berfaedah

Leave a Response