nuhzul.com

Satu Permulaan Kepada Suatu Perubahan

IP Man

3ipman00Pelbagai lagi pendapat. Yang penting, selagi mana anda memboikot produk yang menderma kepada pengganas antarabangsa, Zionis, teruskan perbuatan anda itu.
Jika kita bercakap tentang orang yang tidak beriman kepada Allah, alasan bahawa boikot tidak mendatangkan hasil yang besar terhadap Zionis, mungkin itu masih boleh diterima. Tetapi, sebagai orang islam, adakah anda sudah lupa bahawa, hasil yang utama yang anda kejar adalah pahala dan syurga Allah. Perkara tersebut jauh lebih mulia jika nak dibandingkan dengan anda mendapat hasil dunia dan seluruh isinya. Hasil daripada boikot itu di dunia, biarlah Allah yang tentukannya kerana yang menetapkan segala yang berlaku adalah Allah sendiri.

Beberapa hari lepas, saya sempat meluangkan masa menonton movie Ip Man arahan Wilson Yip yang baru ditayangkan semasa Hari Natal baru-baru ni. Kisah benar ini mengisahkan seorang guru martial art dengan berlatarkan zaman China dijajah oleh Jepun.
Kita abaikan aspek kung fu di sini. Apa yang ditekankan tentang ‘izzah’ seorang rakyat China yang menolak habuan yang lumayan jika mengajarkan ilmu beliau kepada askar-askar Jepun. Bagi beliau, biarpun hidupnya susah ,beliau tidak akan sekali-kali akan mengkhianati bangsa beliau sendiri. Saya cadangkan anda menonton cerita ini kerana cerita ini sarat dengan mesej-mesejnya tersendiri.
Berbalik kepada boikot, sepatutnya, kita sebagai orang Islam merasa izzah terhadap agama kita. Tidak kira apa kesusahan yang anda hadapi, Islam perlu diletakkan pada tempat yang tertinggi.

Wallahua’lam

~sape2 nak tengok citer ni, bleh minta kat saya ek….x besar, dalam 1.5 gig jer

2 Comments

  1. org kata dia sifu Bruce Lee, btol ke?

    p/s: mmg best citer ni

  2. yup…x silap dia sifu kepada bruce lee…cerita ni mmg best dan sesuai untuk di tonton oleh semua orang..byk pengajaran dalam cerita ni

Leave a Response