Jasa Yang Terkenang
One person missing here…
“Kamu tahu apa yang kamu buat ni salah?”
Aku dan adik aku masih membatukan diri. Jarang-jarang ayahku memarahi anaknya. Cuma, kadang-kadang kalau mana-mana anaknya membuat kesalahan yang berat ayahku akan terlibat sekali.
Di tangan ayahku ada sebatang rotan. Ku kira, masih boleh dibilang dengan jari berapa kali kami pernah dipukul rotan oleh ayahku.
“Ayah rotan ni bukan saje-saje je, tapi sebab kamu dah buat kesalahan.”ujar ayahku sambil memegang tanganku.
Aku mengimbau kembali apa yang sudah kami buat 5 jam lepas. Petang itu, kami meminta dengan mak untuk melihat konsert di UIA sempena Convest ‘98. Maklumlah, ketika itu kumpulan nasyid baru mula bertapak di Malaysia. Inilah peluang untuk aku dan adik aku menonton konsert kumpulan nasyid kegemaran kami ketika itu.
Namun, kami ‘menipu’ mak kami dengan memberitahu kami akan pergi dengan fulan A. Namun, kami pergi ke konsert tersebut dengan fulan B. Jam 1 pagi, kami masih tidak sampai ke rumah. Mak Ayah kami mula kerisauan dan pergi mengetuk rumah fulan A. Namun, keluarga A terpingat-pingat kerana mereka tidak pernah tahu apa-apa. Tepat jam 1.30 malam, kami sampai ke rumah. Di ruang tamu mak ayah aku sudah menunggu…
******************************************************************************************************
Malam tersebut, aku kena 1 kali rotan dan adikku kena 2 kali rotan. Namun, peristiwa tersebut masih segar di ingatan aku walaupun sudah 11 tahun berlalu. Ketenangan dan rasional ayahku ketika itu menyebabkan peristiwa itu bukan kuingat kerana hukumannya, tetapi kerana kesalahan yang tidak patut aku buat.
Beruntung aku mempunyai ayah yang menghukum kerana kesalahan dan bukan kerana malu dan marah. Ku kira, malam tersebut memberi kesedaran yang amat mendalam buat aku dan adikku…
Selamat Hari Bapa kepada Ayahku yang banyak bekorban untuk kami sekeluarga. Sejarah 25 tahun pengorbanan ayahku menceritakan segala-galanya…




Assalamualaikum.
Wah, bagus entry ni. Pengajaran yang sangat bermakna. =)
Waalaikumussalam…
trima kasih…moga beri pengajaran kpd semua orang:D
slm nuh,mantap tu..huhu..thabbatakumullah
kwn halaqah tahfiz kt almanar
dlu mase remaja dlu, selalu sangt tarik muka ble ditegur…
ble ummi n ayah bagi nasihat ada jew jawapan…
tapi ble dah besar ckit ney bru tau susah payah jadi mak n ayah….
time kasih ummi dan ayah aku…