Mampu dan Dilihat Mampu

SMIH juga menempa sejarah dalam pertandingan tersebut di mana mereka adalah satu-satunya sekolah yang berjaya ke final bagi katogori BM dan BI.
Aku teringat seseorang yang aku sangat hormati berkata,”Kita mestilah mampu dan dilihat mampu dalam semua perkara”. Kejayaan SMIH mengalahkan sekolah-sekolah ‘elit’ yang jauh mempunyai sejarah yang panjang dilihat sebagai peluang untuk membuka masyarakat bahawa sekolah Islam bukanlah ‘hingusan’. Kita yakin aspek material bukan segala-galanya dalam menentukan kemenangan.

Tidak berguna jika kita hanya mampu tetapi tidak dilihat mampu oleh masyarakat lain. Ini dinamakan jaguh kampung kerana kita tidak mampu membuktikan kita mampu kepada orang lain. Lebih teruk kita dilihat mampu tetapi kita sebenarnya kita tidak mampu. Sudah tentu kita akan ditertawakan sahaja dan selamanya masyarakat akan memandang rendah kerana mulut kita lebih besar dari apa yang kita mampu lakukan.
Dalam aspek dakwah, tujuan kita adalah satu iaitu mencapai khilafah dan ustaziatul alam. Namun adakah kita hanya mampu bercakap tetapi tidak mampu berbuat apa-apa?
Adakah kita dalam aspek dai’e mempunyai kemampuan untuk mencapai perkara tersebut?
Adakah kita akan menjadi mampu jika kita mengutamakan novel-novel cerita berbanding buku-buku fikrah?
Adakah kita akan mampu jika kita hanya memberi(berprogram) tanpa menerima(tarbiyah)?
Dan…
Adakah kita akan dilihat mampu oleh masyarakat jika kita tidak mampu datang mesyuarat tepat pada masanya?
Adakah kita akan dilihat mampu tetapi selalu memberi alasan untuk tidak mampu?
SMIH telah mampu dan dilihat mampu dalam menjuarai pertandingan debat. Namun, persoalkan diri kita sejauh mana kita mampu dan dilihat mampu oleh masyarakat untuk membawa keamanan dan keadilan didunia ini.
Ingat!!jika kita tidak tidak berjaya untuk menjadi mampu dan dilihat mampu, Allah tidak akan teragak-agak untuk menukarkan kita dengan generasi baru.
~A reflection to myself…


