Nuzul Al-Qur’an
~Di petik dari post pada Ramadhan yang lepas~
Mari sama kita mendalami apa yang patut tahu tentang nuzul quran.
Apa itu nuzul Quran?
Nuzul bermaksud turun dan Quran merujuk kepada kitab suci orang islam. Jadi, apa bila kita menggabungkan dua perkataan ini, ia bermaksud penurunan quran.
17 ramadhan = nuzul quran?
Ada beberapa pendapat tentang tarikh sebenar turunnya quran. Tetapi yang paling disepakati ialah pada 24 Ramadhan seperti mana yang telah disebut dalam hadis Nabi dan dikuatkan dalam surah Al-Qadr iaitu quran diturunkan pada malam lailatulqadr. Seperti dalam hadis berkenaan masa lailatulqadr, malam lailatulqadr hanya berlaku pada 10 terakhir ramadhan. Tidak bermaksud di sini untuk berlainan pendapat dengan yang lain, tapi at least kita dapat bercuti ketika 17 ramadhan ni.
Quran dikatakan turun dalam bentuk ‘jumlah wahidah’ pada malam lailatulqadr, macam mana pula dalam sirah nabi, quran diturunkan mengikut keadaan dan berperingkat-peringkat?
Sememangnya quran diturunkan dalam ‘jumlah wahidah’ pada malam lailatulqadr. Cuma allah menurunkan quran dalam bentuk’jumlah wahidah’ ke baitul Izzah(langit dunia), kemudiannya baru diturunkan dalam bentuk ayat dan beransur-ansur kepada Nabi Muhammad.
Kenapa tidak diturunkan sekali gus macam kitab-kitab yang terdahulu?
Ada dua sebab:
1.Supaya ajaran Allah mudah diterima. Jika diturunkan sekali gus, ia akan membebankan manusia untuk menerimanya
2.Mengikut peristiwa. Lazimnya, manusia mudah untuk memahami sesuatu benda jika terdapat peristiwa yang berlaku seperti penurunan ayat pengharaman arak, pemboikotan Ka’ab bin Malik, dan lain-lain lagi.
Nuzul quran dikaitkan dengan lailatulqadr. Apa signifikasi penting sehingga Rasulullah menyuruh umatnya untuk bersedia bersungguh-sungguh untuk mengejar malam lailatulqadr?
Terdapat satu peristiwa yang diceritakan dalam sebuah hadis:
ada 4 orang Bani Israel telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun tanpa menderhaka kepada Allah. Mendengarkan kisah tersebut, sahabat-sahabat Nabi amat kagum dengan mereka. JIbril pun berkata:Hendakkah kamu satu amalan yang lebih baik dari mereka. Lalu Jibril membacakan surah Al-Qadr. Lalu Jibril berkata:Ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan. Rasulullah dan para sahabat sangat gembira apabila mendengarkan pengkhabaran tersebut.
Jadi, sebagai umat nabi Muhammad, kita patut bersyukur kerana diberi peluang tersebut. Cuma, terpulang pada diri kita sendiri untuk mencari malam lailatulqadr.
Kesimpulannya, untuk menghayati apa yang disebalik penurunan quran, kita perlu tahu sebab apa quran itu diturunkan. Sudah jelas bahawa quran diturunkan adalah untuk memberi petunjuk kepada manusia dan membezakan antara haq dan yang batil. Oleh itu, beruntunglah orang yang mengambil peluang pada bulan ramadhan ini untuk membersihkan hati-hati yang kotor. Jika dilihat tujuan utama pengsyariatan puasa kepada umat Islam ialah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk bertaqwa kepada Allah.
Firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman, kami fardukan atas kamu puasa sepertimana kaum-kaum sebelum kamu berpuasa, supaya kamu semua bertaqwa.
Firman Allah:
Dan jika kita bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan memberikan jalan keluar kepada kita.
Adakah jalan keluar yang dimaksudkan pada bulan Ramadhan ialah kita dapat menjimatkan duit dengan hanya berbelanja ketika buka puasa sahaja?Adakah jalan keluar di sini bermaksud kita dapat menguruskan badan dengan mengurangkan makan ketika bulan ramadhan?Apakah semua ini jalan penyelesaian kepada apa yang kita mahukan pada akhir Ramadhan?
Ikhwah Akhawat sekalian, mari kita betulkan balik niat kita semula. Sesungguhnya, jalan keluar yang kita impikan selepas sabulan kita berpuasa ialah keampunan dan kemaafan terhadap segala dosa yang pernah kita lakukan sebelum ini.Sabda Nabi:
Barangsiapa yang berpuasa pada bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan dosa-dosa yang terdahulu.
Moga kita tidak termasuk dalam golongan yang dicakap oleh Jibril dalam sebuah hadis Nabi: Celakalah 3 golongan:antaranya orang yang berpuasa pada bulan ramadhan, tetapi tidak dapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga(aw kama qaal sallahualaihiwasallam).
Walahua’lam…



Nak mintak kebenaran ambik maklumat pasal nuzul Al-Quran ni bleh tak?
Silakan…tidak ada masalah utk sebarkan sebanyak mana
Saya hendak letak pada blog saya..Terima Kasih Atas kebenaran ni.Halal ekk..hehe..Terima Kasih..
salam akhi,, update2. duk jauh doh nta le ni.!!! he.. bittaufiq wannajah.
Rugi tak berada di tempat enta bg ceramah pasal nuzul Qur’an. Dapat cerita dari perspektif yang berbeza. Tahniah akhi and jazakallah!
sdan:wslm…..insyaallah…tgh mencuba mencari masa untuk update blog….hehe..dlm kepala ada banyak benda nak tulis…cuma x tertulis je lagi…jzkk
Satu Saff:hehe…bukan ceramah, hanya tazkirah je…ana tidaklah banyak mana ilmu yang ada. banyak lagi yang perlu dipelajari….mudah2an nta dpt berkongsi apa2 ilmu yg nta ada…