nuhzul.com

Satu Permulaan Kepada Suatu Perubahan

Orang Lupa Yang Di Ketawakan

Ada tiga sekawan ingin bercuti di sebuah negara ketika musim panas. Ketika sampai di negara tersebut, mereka mendapati semua hotel sudah penuh ditempah. Mereka terus mencari hotel yang kosong yang boleh mereka duduki sepanjang percutian mereka.

Akhirnya, mereka telah sampai di sebuah hotel yang terletak di hujung bandar. Malangnya, hotel tersebut juga telah penuh. Namun, pengurus hotel tersebut berkata 3 sekawan.

“Hotel aku ni masih mempunyai satu bilik kosong lagi. Itu pun, jika kamu semua sanggup untuk tinggal di bilik tersebut. Bilik tersebut terletak di tingkat ke 60. Lif pula akan ditutup tepat pada pukul 10 malam. Jika kamu hendak bilik tersebut, kamu mesti pulang sebelum pukul 10 malam.”

Setelah berbincang, 3 sekawan tersebut bersetuju untuk menginap di bilik tersebut kerana memandangkan hanya pilihan itu sahaja yang mereka ada.

Pada hari pertama, mereka sempat pulang ke hotel tersebut sebelum pukul 10 malam. namun, pada hari kedua, mereka tidak sempat sampai ke hotel tersebut sebelum pukul 10 malam. Mahu tidak mahu, mereka terpaksa memanjat tangga hingga ke tingkat ke-60.

“Mari kita panjat tangga ni perlahan-perlahan. Aku akan ceritakan kisah-kisah gembira sepanjang hidupku sehingga ke tingkat ke-20″ ujar rakan yang pertama.

Mereka mendengar cerita sehingga tidak sedar mereka telah sampai ke tingkat ke-20.

Rakan kedua pula berkata:”Biar aku ceritakan kisah-kisah kejayaanku sepanjang hidupku”

Mereka pun mendengar kisah kejayaan rakan kedua sehingga secara tidak sedar mereka sudah sampai di tingkat ke-40.

“Biar aku pula menceritakan cabaran-cabaran yang ku hadapai sepanjang hidupku”. berkata rakan yang ketiga pula.

Akhirnya, setelah habis rakan ketiga menceritakan cabaran-cabaranya yang pernah dilaluinya, tiga sekawan tersebut sampai didepan pintu bilik mereka di tingkat 60.

Tiba-tiba salah seorang dari pada mereka menepuk dahi.

“Alamak, kita terlupa mengambil kunci bilik kita di lobi hotel”

Pengajaran:
Sepanjang 60 tahun kita hidup, pelbagai perkara yang kita lalui. Dari waktu muda remaja, waktu dewasa, dan waktu tua. Namun Ramai orang yang mengsia-siakan waktu yang mereka ada sehingga mereka lupa untuk membawa ‘kunci’ syurga. Jangan kita dikatawakan di akhirat nanti kerana terlupa membawa ‘kunci’ syurga.

3 Comments

  1. mula-mula baca, terasa macam baca satu karya isa kamari (tak ingat dah tajuk dia). tapi pengajarannya memang best! ;)

  2. cerita ni memang ada banyak version…ni ada syiekh dari mesir cerita lps solat isya’ beberapa hari lps…yg bestnya memang pengajaran dier…

Leave a Response