::Part 1::Orang Muda dan Konspirasi Kuffar menjatuhkan Islam
::Part 1::
Kita biasa terdengar hadis Nabi yang berbunyi:
“Kejarlah lima perkara sebelum datang lima perkara:…masa muda sebelum datangnya masa tua…”
Namun, itu hanya bermain di bibir-bibir kita tetapi, jauh sekali diterjemahkan melalui perbuatan kita. Lazimnya, kita selalu gunakan badan kita seolah-oleh kita akan muda selama-lamanya. Akibatnya, ketika kita merangkak ke usia senja, mulai kita sedar dan menyesali dengan usia muda yang tidak kita gunakan secara hak.
“Orang muda penuh impian,
Orang tua penuh dengan nostalgia.”
Jika kita meneliti hadis Nabi tersebut, kita dapati bahawa kenapa Nabi menyarankan kita untuk mengejar masa muda ialah keadaan orang muda yang masih sihat, kuat, dan mempunyai akal yang cergas.
Seni kekuatan Islam adalah merujuk kepada kekuatan orang-orang mudanya.Lemah golongan muda Islam, lemahlah kuasa kebangkitan islam. Kuatnya golongan muda Islam, maka kuatlah kuasa kebangkitan Islam. Terlampau banyak contoh-contoh dapat kita lihat bagaimana sejarah berkembangannya Islam itu sendiri. Antaranya Salahuddin Al-Ayyubi.
Ketika zaman mudanya, ketika beliau sedang berseronok bermain-main bersama rakan-rakan sebayanya.
“Bagaimana engkau dapat bermain-main sedangkan Baitul Maqdis masih di tangan Kristian”
Sejak hari itu beliau mendapat kesedaran sehingga satu peristiwa dimana Salahuddin berada dalam satu kumpulan yang sedang bercerita perkara yang sangat lawak. Semua orang ketawa terbahak-bahak, namun beliau sedikit pun tidak senyum. Kesedaran beliau terhadap baitul Maqdis masih di bawah tawanan orang Kristian membuatkan beliau tidak mampu untuk bergelak-ketawa lagi.
Namun, bagai langit dan bumi, zaman sekarang kita memerhatikan keruntuhan akhlak dan jati diri golongan muda Islam terutamanya di negara kita. Suatu perkara yang kita yakini, bahawa orang yang memusuhi Islam sentiasa ingin merosakkan orang muda Islam kerana dengan rosaknya orang muda Islam kebangkitan Islam dapat dibendung. Mereka menggunakan segala teknologiĀ yang mereka ada dan melaksanakannya dengan perancangan yang sangat teliti. Berapa ramai remaja Islam di negara kita yang terlibat dengan zina, hidu gam, pil khayal, rokok, dan macam-macam lagi.
Segala benda ini hanyalah bertujuan mengkhayalkan, menghabiskan masa dan duit golongan remaja Islam. Akhirnya, golongan remaja Islam teralih fikiran dari memikirkan masalah-masalah ummah dan bersama-sama menyelesaikan permasalahan ini. Bahkan, mereka menjadi bebanan tambahan kepada pendukung agama dalam mengembalikan kegemilangan Islam.
(adaptasi dari ceramah oleh Ust Soleh Hamdin yang bertajuk “hargailah masa mudamu”)



