nuhzul.com

Satu Permulaan Kepada Suatu Perubahan

Pentarbiyahan Binatang

Ketika aku sedang berprogram, terdengar tentang cerita rumah seseorang dimasuki pencuri. Perkara pertama yang muncul di kepala aku ialah, “Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni…”. Tuan rumah tersebut selamat, cuma barangan dalam rumah tersebut tidak selamat.

3 hari kemudian, aku menjejak kembali kaki di Johor dengan beberapa misi dan visi yang penting. Sampainya aku di Johor disambut juga dengan cerita dirompak. Kali ni lebih menakutkan. 2 orang lelaki menaiki motor berhenti di depan rumah seorang wanita india dan ingin bertanya tentang kedudukan rumah Mutu. Ketika wanita india tersebut mendekati pintu pagar rumahnya, terus ditarik segala barangan kemas yang berada di badan wanita tersebut. Kebetulan pagar rumah berkunci, berlakulah pergelutan antara wanita dan 2 orang lelaki yang berada di luar pagar rumah wanita india tersebut. Habis baju wanita tersebut terkoyak akibat pergelutan tersebut. Sudah tentu kejadian tersebut meninggalkan fobia yang mendalam terhadap wanita tersebut.burglar_big

3 hari kemudian, aku membelek-belek akhbar elektronik. saspek yang meragut perempuan mengandung dan menyebabkan perempuan tersebut meninggal dunia akibat terjatuh motor bakak dikenakan hukuman mati. Itulah hukuman selayaknya bagi orang-orang sebegini. Yang lebih kesian, 3 bulan sebelum itu, wanita tersebut pernah diragut 3 bulan sebelum cuma ketika itu perempuan tersebut hanya cedra ringan sahaja.

Semalam, satu berita mengejutkan lagi. Sebuah rumah bertukar menjadi tempat penyembelihan orang. Diyakini beberapa perompak yang dalam keadaan khayal memecah masuk sebuah rumah dan menikam penghuni rumah tersebut.

Yang pasti, semua cerita-cerita ini mempunyai beberapa persamaan. Penjenayah cenderung memilih mangsa yang mudah dan selamat dirompak. Namun siri-siri rompakan ini akan lebih diwarnakan lagi dengan kes-kes pembunuhan apabila penjenayah tersebut berada dalam keadaan khayal dan dibawah pengaruh dadah.

Dunia sekarang sudah semakin jauh dari keamanan yang diimpikan. Inilah kemuncak bagi sistem yang dibangga-banggakan oleh barat. Kebebasan yang mengabaikan pembinaan individu yang menjadi ‘orang’ bukan binatang.

Dalam aspek kita, jika kita tidak mahu keturunan kita menjadi seperti penjenayah-penjenayah tersebut, berusahalah menjadikan rumah sebagai pusat pentarbiyahan manusia, bukan pusat pentarbiyahan binatang buas. Jika biasanya dalam menuntut ilmu akhirat, 2 3 orang murid sahaja yang akan mengatasi gurunya dalam keilmuan, dalam menuntut ilmu kejenayahan dan memangsakan orang sekeliling, hanya 2 3 orang sahaja yang tidak berjaya mengatasi tok gurunya, seperti sebuah bangunan yang dibina selama 6 bulan tetapi apabila meruntuhkannya mengambil masa 1 2 hari sahaja.

Jika pemuda sekarang bercouple, berzina, mencuri, merompak, dan membunuh, dapatkah kita bayangkan bagaimana anak-anak mereka…. Bagaimana pula cucu cicit mereka….Dahulu jika ibu bapa mereka hanya bercouple, pentarbiyahan binatang tentu akan menghasilkan anak yang mula pandai berpeluk-pelukan. Kemudian, pentarbiyahan ini menghasilkan cucu yang berzina, kemudian menghasilkan cicit yang merogol dan merompak. Inilah tabiat guru dan murid-murid dimana murid akan menjadi lebih pandai dari guru.

Tidak siapa dapat mengubah orang-orang sebegini, kecuali mereka mempunya keinginan mengubahnya sendiri. Kepada yang mula mahu berjinak-jinak dengan dosa-dosa kecil, jangan ingat perkara itu kecil, ingatlah cucu cicit anda yang akan mewarisi sifat-sifat anda. Malah mereka akan menjadi lebih handal membuat dosa anda.

Beubahlah sebelum segala-galanya bermula.

2 Comments

  1. yups..garbage in garbage out

Leave a Response