Satu Permulaan Kepada Suatu Perubahan
“Nuh, buat la blog…”, ‘paksa’ rakan seperjuanganku, Dhany.
“Malas la….Ana bukan tahu nak menulis pon. Kalau ana tulis, jamin orang gelak jer…”,balasku.
“Aku menulis karangan time SPM pun terkial-kial. La ni nak tulis blog….”,hatiku menidakkan cadangan sahabatku tadi.
“Tak apa…paling kurang pun anta kungsi pengalaman anta. Bukan kena dapat 100/100 dalam SPM baru dikira pandai menulis”
Aku terfikir sejenak. Hari itu adalah hari yang bersejarah yang menyebabkan aku terfikir untuk menulis dan ber’blog’. Malam hari, aku menghabiskan masa untuk melihat semua blog-blog ikhwah akhawat UIA Gombak. Antaranya Dhany, Azree, kak Maryam , Maryam Muhammad, Farhah, Wan Fatimah, Mujahid & isteri, dan Sofiyyah.
“Dhany, ajar ana macam mana nak buat blog”.
“No Problem…nanti bila dah habis program ni, ana ajar anta. Dalam pukul 12 tengah malam boleh?”.
Aku mengangguk tanda setuju. Ketika itu, kami sedang bersama menjadi fasilitator untuk remaja-remaja yang sedang bercuti akhir tahun(program pertamaku katika masuk Gombak). Tanggal bulan 12 tahun 2007 bertempat di Pejabat Komuniti JIM(PKJ, )aku telah berjaya membina blogku sendiri. Alhamdulillah….
Walaubagaimanapun, bermula pada April 2008 baru aku mulai meng’update’ blogku secara konsisten. Bermula bulan September 2008 aku mula berjinak dengan wordpress, namun usaha aku terhenti kerana fungsi-fungsinya yang agak limited jika kita menggunakan akaun wordpress yang free. Selepas itu, timbullah idea untuk mempunyai domain sendiri dan lahirlah nuhzul.com.
Secara tidak langsung, banyak perkara baru yang aku pelajari termasuklah tentang adab-adab dan hukum-hukum ketika berblog. Dan juga belajar untuk baca blog orang lain..
Suatu perkara yang aku percaya, “sampaikanlah walaupun satu huruf”. Insyaallah perkara ini menjadi saham kita di akhirat kelak. Dalam berjuta-juta pengguna internet, mesti ada orang yang akan terbaca setiap entry yang aku postkan dan aku berharap ia menjadi salah satu medium untuk berdakwah. Ameen.
~Teringat ada seseorang selalu bertanya.”Nuh, bila nak update blog. Dah bersawang dah. Boleh bersin kalau ana masuk rumah anta ni…”.




Salam.
Mabruk dah ada web blog sendiri!
Nak tanya jugak lah, macamana buat ni ye? Brape byrn dikenakan? hehe.
Semoga dapat sampaikan walaupun satu huruf yang boleh memberi kesan dakwah yang baik. InshaAllah.
Wslm….
Hurm….permulaan utk buat web blog sendiri byk atas pertolongan kawan ana sebenarnya:
1.ana cari domain yg masih tidak digunakan oleh orang lain lagi(macam ana punya domain ialah nuhzul.com dan masih tidak digunakan oleh orang lg)
2.beli domain tersebut melalui internet(time ana guna pertolongan kawan ana utk buat transaksi internet. x silap ana boleh juga nak guna kredit card ataupun melalui paypal)cthny,harga domain ana ini ialah USD9.99/yr
3.mencari tapak hosting yg sesuai utk membangunkan blog ni(ini ana kurang tahu sebab peringkat ini kawan ana yg uruskan). tapak hosting bergantung pada company apa amik. mungkin boleh dpt setahun dalam RM 50.
selepas ini semua macam biasa seperti membuat blogspot atau wordpress. cuma kelebihannya kita mempunyai option yg lebih banyak untuk lay out blog dan kita juga boleh buat design lay out sendiri utk blog.
insyallah, moga dakwah sampai walaupun seorang…ameen…