Selsema dan Ayam

Hari ini sudah mencapai 26 kematian untuk penyakit ’swine flu’. Bermacam-macam cara telah dibuat untuk mengelakkan dari wabak ini merebak. Dari pengisytiharan dharurat di Mexico sehingga ke kawalan-kawalan ketat di lapangan-lapangan terbang di seluruh dunia.
Tidak ketinggalan juga, baru-baru ini WHO mengambil langkah menyeru orang ramai untuk menukar nama Swine Flu kepada influenza A (H1N1). Tindakkan mereka sudah tentu tidak menghilangkan rasa takut orang ramai untuk makan daging babi. Malah, ia secara jelas menunjukkan hikmah kepada haramnya memakan daging babi dimana nature babi yang kotor dan perumah kepada bermacam-macam jenis penyakit.
Kembali kepada awal April ketika wabak ini mula dikesan di Mexico, tidak ada coverage meluas tentang perkara ini. Tidak ramai yang tahu tentang penyakit ini. Ketika kes pertama dilaporkan di US, WHO seolah-olah tersentak dan memulakan kempen besar-besaran untuk memerangi penyakit tersebut. Jika kes tersebut berlaku di negara dunia ketiga seperti Malaysia, agaknya mungkin mereka cakap virus tersebut datang dari kandang-kandang babi di Malaysia. Dan secara otomatiknya, Malaysia akan disenarai hitam sebagai destinasi perlancongan.
Di Malaysia pula, ada sesetengah pihak cuba meneguk air keruh. Mereka cuba menaikkan harga ayam kerana orang ramai cuba menghindari daging babi dan beralih kepada ayam. Golongan-golongan seperti ini mementingkan diri sendiri dengan cuba mengaut sebanyak mungkin keuntungan atas kesusahan orang ramai. Namun, langkah kerajaan dalam memberi amaran kepada pengusaha-pengusaha ayam untuk meletakkan harga kawalan bagi ayam jika pengusaha-pengusaha ayam masih berdegil untuk menaikkan harga ayam adalah sangat-sangat disokong. Namun harap-harapnya, perkara ini perlu dilakukan dengan tegas dan jujur. Jangan wang RM1 juta mampu menutup mulut kerajaan dari mepertahankan hak-hak rakyat dan pengguna.
~Orang yang pentingkan diri: Apabila orang lain susah kita mengambil kesempatan, apabila kita susah, kita bising orang tak tolong kita…



