The Pearl of Harmony Carnival

Alhamdulillah, selesai sahaja berqiamullail di Al-Amin, saya sempat pergi ke Harmony Carnival yang diadakan di The Summit, USJ. Bersama-sama saya, MC yang gempak, Auzan dan Azree , penulis blog terkenal studiomuslim.com.
Tidak sempat mencari tempat duduk, kami telah di’offer’ oleh ummi roses untuk menambah pahala. Kami menerima tugasan untuk mengambil penceramah gantian di Desa Melawati, bro. Hilal yang berasal dari Burundi. Bro Hilal baru memeluk Islam pada 2003. Tujuan jemputan tersebut ialah supaya beliau dapat berkongsi pengalaman beliau tentang Islam.
Suatu perkara yang menarik, beliau sangat fasih membaca Al-Quran yang bagi saya, kalah kebanyakan orang melayu yang secara subsidi mendapat Islam sejak kecil. Malah, beliau menghafal beberapa potong ayat dengan fasih dan lancar. Keyakinan beliau bercakap tentang Islam mengalahkan kebanyakan orang jika bercakap tentang Islam.
Setelah berbual dengan Ummi Roses, rupa-rupanya beliau merupakan salah seorang keluarga royal di negara beliau. Malah, beliau mempunyai peluang untuk menjadi president negara tersebut. Satu perkara yang mengejutkan kami, perjalanan hidup beliau dalam memeluk Islam tidak semudah yang disangka. Jika di Malaysia, sesiapa yang memeluk islam, bakal menerima cemuhan dari keluarga dan masyarakat, tetapi, ketika beliau memeluk Islam, bapanya di panggil dan dibunuh didepan mata beliau. Malah, baru-baru ini, mak beliau turut dibunuh.
Jika dahulu beliau merupakan salah seorang keluarga yang agak berada, kini, beliau tidak memiliki apa-apa harta. Malah, sebab kami perlu menjemput beliau ke The Summit kerana beliau tidak mempunyai langsung duit sebagai tambang ke sana.
Insyaallah, beliau akan menyambung master di Canada dalam bidang administrative pada bulan September ini. Kami yakin, beliau kembali dengan kejayaan untuk memperjuangkan Islam di Burundi suatu masa nanti.
Perjalanan pulang, kami sempat berbual dengan beliau di atas kereta mengenai Burundi. Bagi saya, umat Islam di Malaysia mempunyai kebebasan yang besar berbanding di negara Burundi. Namun, agaknya situasi ini menjadi lesen supaya umat Islam untuk goyang kaki terhadap kemewahan yang dikecapi. Roda kehidupan sentiasa berpusing. Siapa tahu, keadaan kita pada esok hari…
~Di Malaysia, baru ujian fitnah, kita riuh sekampung…macam mana pula jika ditimpa ujian kematian orang tersayang jika mempertahankan Islam??

Pengujung yang datang

Salah seorang pengunjung menerima hadiah

Azree MH tekun mendengar pengisian

Gerai PACE yang dijaga oleh ukht Nihlah dan ukht Afra’

Geng-geng Taylor Collage yang sempat singgah ke Harmony Carnival

Tuan MC yang hyper ramah dan English yang super-duper berhabuk



